Site icon TechNave BM

Apple mungkin akan lancarkan Apple AirPods 3 dan Apple Music HiFi dalam masa terdekat!

Jika anda mengikuti berita mengenai fon telinga Apple AirPods yang baru, anda mungkin sedikit kecewa apabila ianya tidak diumumkan pada acara Spring Loaded yang telah berlansung bulan lalu. Namun, berita baru ini mungkin akan menarik perhatian anda.

Terbaru, mengikut sumber dalam talian, Apple dikhabarkan akan melancarkan fon telinga generasi baru mereka, AirPods 3 dalam beberapa minggu yang akan datang. Selain fon telinga itu, Apple juga akan memperkenalkan Apple Music HiFi iaitu audio generasi baru yang akan bersaing dengan Spotify HiFi.

Generasi baru Apple AirPods dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan AirPods Pro. Ia mungkin hadir dengan batang yang lebih pendek dan beberapa perubahan reka bentuk yang lain. Walaupun ia adalah generasi yang ketiga, sumber memberitahu bahawa ciri pembatalan hingar aktif tidak akan hadir pada versi biasa ini (khas kepada versi Pro sahaja).

Untuk Apple Music HiFi pula, ia akan menawarkan kualiti audio yang lebih jelas dan lebih mendalam. Buat masa ini, Spotify, Tidal dan Amazon Music sudah menawarkan teknologi audio yang baru ini. Apple Music HiFi dikatakan akan menyokong ciri ‘lossless’, Dolby Atmos, Dolby Audio dan ditawarkan dengan harga yang sama seperti Apple Music yang biasa.

Apa pun, ini adalah khabar angin sahaja dan bukanlah dari sumber rasmi Apple.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version