Site icon TechNave BM

Apple mungkin akan umumkan tarikh pelancaran iPhone 12 pada minggu ini

Menurut Mark Gurman daripada Bloomberg, Apple mungkin akan mengumumkan tarikh pelancaran untuk siri iPhone 12 dan Apple Watch pada minggu ini. Sebelum ini, Jon Prosser memaklumkan Apple mungkin akan mengeluarkan sebuah kenyataan media berkenaan topik tersebut pada Selasa, 8 September jam 9:00 pagi EST (9:00 malam waktu Malaysia).

Acara pelancaran tersebut mungkin akan dibuat secara dalam talian bagi mematuhi prosedur penjarakan sosial pada waktu ini, seperti dalam WWDC 2020. Jika sebuah kenyataan media dikeluarkan pada 8 September, acaranya mungkin akan dianjur pada 22 September kerana Apple biasanya menganjurkan acaranya dua minggu selepas kenyataan media dikeluarkan.

Sebagai rujukan, tarikh pengumuman iPhone 11 sebelum ini adalah 10 September 2019 manakala jemputan media untuknya telah dihantar pada 29 Ogos 2019. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version