Site icon TechNave BM

Apple mungkin bangunkan ciri paparan sentiasa hidup pada iPhone 14 Pro

Ramai menjangka terdapat perubahan untuk keluaran iPhone akan datang. iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max mungkin menampilkan panel LTPO yang mampu turun sehingga serendah 1Hz sebagai paparan ‘sentiasa dipamerkan’ (always-on display). Menurut penganalisis terkenal iaitu Ross Young, beliau menjangkakan Apple membuat langkah sedemikian dengan barisan iPhone Pro yang akan datang.

Sebelum ini, barisan iPhone 13 Pro mempunyai panel LTPO dengan kadar penyegaran berubah-ubah, walaupun ia terhad kepada antara 10Hz dan 120Hz. Dengan cara ini, ProMotion mampu menghasilkan kadar bingkai pantas sambil mengekalkan hayat bateri apabila mereka tidak memerlukannya.

Panel LTPO yang boleh pergi serendah 1Hz seperti pada Apple Watch pasti menjadikan paparan sentiasa hidup sebagai ciri berdaya maju yang tidak akan menjejaskan hayat bateri secara drastik. Tetapi, ini hanyalah spekulasi yang masih belum disahkan oleh pihak Apple.

Adakah panel LTPO baharu boleh akan digunakan untuk generasi akan datang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version