Site icon TechNave BM

Apple mungkin gunakan cip A15 untuk model iPhone 14, cip A16 untuk iPhone 14 Pro dan ke atas

Di Twitter, penganalisis Ming-Chi Kuo berpendapat Apple mungkin akan mengeluarkan beberapa model iPhone 14 dengan cip A15 yang sama seperti iPhone 13. Cip A15 akan diletakkan pada iPhone 14 6.1 inci dan iPhone 14 Max 6.7 inci. RAM peranti pula akan dinaik taraf kepada 6GB daripada 4GB. 

Cip A16 baharu akan digunakan khusus untuk model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Model Pro juga akan menampilkan RAM 6GB. Ini merupakan kali pertama setelah bertahun lamanya Apple membahagikan iPhone andalan mengikut siri cip yang digunakan setelah keluaran iPhone 5S (Cip A7) dan iPhone 5C (cip A6) pada tahun 2013.

Terdapat sumber juga pernah mendakwa bahawa Apple telah membangunkan dua model iPhone 14 baharu dengan cip A16 dan dua model iPhone 14 dengan cip A15 selaras dengan maklumat Kuo ini. Sejak beberapa bulan yang lalu, terdapat khabar angin mengenai Apple akan menawarkan iPhone skrin besar dengan harga yang lebih rendah untuk tahun ini.

Ini mungkin bermakna model yang bukan Pro akan membawa saiz skrin Max 6.7 inci buat kali pertama manakala saiz skrin ‘mini’ 5.4 inci telah dihentikan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5Mac 

Exit mobile version