Site icon TechNave BM

Apple mungkin hasilkan iPhone 14 dengan varian eSIM dan SIM fizikal

Mereka yang menggunakan iPhone pasti tahu mengenai ketiadaan bicu audio dan akan diikuti dengan port Lightning (pengenalan MagSafe). Berita seterusnya tidak begitu mengejutkan jika Apple akan mengambil kad SIM juga. Khabar angin mengenai iPhone eSIM juga telah mula tersebar baru-baru ini.

Menurut penganalisis GlobalData Emma Mohr-McClune, Apple tidak mungkin membuat perubahan drastik pada iPhone 14 untuk menggunakan eSIM sahaja. Ini kerana tiada bukti atau pendedahan yang mencukupi mengenai iPhone eSIM ini terutamanya perancangan Apple untuk beralih ke fasa itu.

McClune juga berpendapat bahawa Apple mungkin melancarkan iPhone dengan versi dwi-SIM fizikal dan eSIM untuk sebahagiam besar pasaran. Tambahan pula, ini memberi faedah kepada syarikat telekomunikasi untuk melihat eSIM baharu atau iPhone dwi eSIM/SIM fizikal hibrid dalam menjual ciri eSIM terbaru.

Di Malaysia, semua syarikat telekomunikasi menawarkan eSIM tetapi ia bukanlah pilihan yang popular memandangkan hampir semua rakyat Malaysia masih gemar menggunakan kad SIM fizikal. Peralihan itu agak sukar namun poengguna perlu mula menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.  Namun, hanya majoriti pengguna iPhone yang mempunyai ciri ini dan penggunanya lebih rendah berbanding pengguna Android.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN 

Exit mobile version