Site icon TechNave BM

Apple mungkin hentikan iPhone SE Gen-4 kerana permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan

Telefon pintar yang lebih murah daripada Apple iaitu iPhone SE mungkin tidak akan membawa generasi keempat dalam masa terdekat kerana permintaan yang rendah daripada jangkaan dalam kalangan pengguna. 

Menurut Ming-Chi Kuo, beliau mendakwa bahawa Apple sedang mempertimbangkan untuk membatalkan telefon pintarini pada tahun depan dan menangguhkannya ke 2024.

Barisan iPhone SE sentiasa mengitar semula reka bentuk dan perkakasan iPhone lama tetapi dengan dalaman yang dikemas kini termasuk cipset siri A Bionic generasi baharu tahun ini. Oleh yang demikian, harganya lebih murah kerana tidak banyak pembangunan yang terlibat dalam proses pembuatan.

Walau bagaimanapun, iPhone SE yang akan datang dijangka menampilkan reka bentuk skrin penuh baharu yang akan meningkatkan kos. Peningkatan kos bahan dan kemelesetan di seluruh dunia mungkin menghalang Apple daripada mengeluarkan iPhone SE baharu tahun depan.

Memandangkan siri iPhone 14 juga tidak menunjukkan prestasi yang terlalu baik dalam jualan, kemungkinan besar Apple akan memilih untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk iPhone SE yang diperbaharui. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version