Site icon TechNave BM

Apple mungkin keluarkan HomePod dengan reka bentuk baharu dan paparan 7 inci pada 2024

Menurut penganalisis Apple Ming-Chi Kuo, Apple akan mengeluarkan HomePod dengan paparan 7 inci pada penggal pertama 2024. Kuo menulis bahawa paparan ‌HomePod‌ generasi akan datang boleh memudahkan penyepaduan yang lebih mendalam dengan produk perkakasan Apple yang lain. 

Nampaknya, Tianma akan menjadi pembekal tunggal paparan HomePod ini. Sekiranya pembuatan ‌HomePod‌ baharu berjalan lancar, Tianma mungkin diamanahkan untuk membekalkan panel iPad pada masa hadapan.

Jika dilihat balik, pada tahun 2021, Mark Gurman dari Bloomberg pernah menyatakan bahawa Apple sedang mengusahakan model ‌HomePod‌ baharu dengan paparan, kamera dan fungsi berbilang sentuhan. 

Dalam pada itu, Apple mungkin sedang mengusahakan gabungan Apple TV dan peranti HomePod serta HomePod dengan skrin yang dipasang pada lengan robot. ‌HomePod‌ sudah menjalankan varian tvOS, tetapi terdapat beberapa tanda bahawa Apple sedang mengusahakan platform “homeOS” baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Macrumors

Exit mobile version