Site icon TechNave BM

Apple mungkin lancarkan iPad Gen-10 dan iPad Pro dengan cip M2 Oktober ini

Apple dijangka mengadakan dua acara hujung tahun ini di mana salah satu acaranya adalah pelancaran siri iPhone baharu. Menurut sumber, acara Apple kedua adalah untuk memperkenalkan iPad Gen-10 dan iPad Pro yang dikuasakan dengan cip M2.

Sumber mendakwa bahawa iPad Gen-10 akan hadir dengan reka bentuk semula dengan sisi rata dan paparan yang lebih besar. Akaun itu pernah mempunyai rekod dalam mendedahkan butiran barangan Apple dengan tepat mengenai iPad Air generasi kelima sebelum ia dilancarkan.

Bukan itu sahaja, Mark Gurman dari Bloomberg juga mengatakan acara kedua ini mungkin melibatkan iPad dan Mac baharu. Apple itu mungkin membentangkan sekali butiran iPadOS 16, ciri iPad bukan M1 seperti penambahbaikan dalam Mesej, Safari dan banyak lagi. 

Untuk iPad dengan siri cip M, Apple menawarkan Stage Manager pada ‌iPadOS 16‌ di mana pengguna menggunakan berbilang aplikasi dalam tetingkap (windows), bertindih antara satu sama lain dan dengan sokongan paparan luaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version