Site icon TechNave BM

Apple mungkin lancarkan iPadOS 16.1 dengan model M2 baharu pada 24 Oktober 2022

Kebiasannya, Apple akan lancarkan iPadOS baharunya bersama versi iOS yang sepadan tetapi itu tidak berlaku pada tahun ini. Kini, Mark Gurman dari Bloomberg berkata syarikat tersebut mungkin melancarkan iPadOS 16.1 pada 24 Oktober 2022

Sebelum ini, Apple mengesahkan ia akan melangkau iPadOS 16 dan terus keluarkan iPadOS 16.1 kepada pengguna. Namun, sehingga kini Apple belum lagi menyatakan tarikh keluaran tetapi Gurman menjangkakan perkara itu akan berlaku tidak lama lagi. Beliau percaya Apple akan mengikuti strategi mengeluarkan produk baharu dan kemas kini perisian tegar pada minggu laporan pendapatannya. 

Laporan pendapatan suku keempat 2022 Apple dijangka pada 27 Oktober jam 2 petang. Selain itu,  berkemungkinan juga peminat dapat melihat pengumuman perkakasan baharu dengan iPad peringkat kemasukan baharu bersama model M2 iPad Pro, M2 Pro baharu dan M2 Max MacBook Pro baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version