Site icon TechNave BM

Apple mungkin lancarkan MacBook Air 15 inci pada akhir tahun ini

Apple sedang membangunkan barisan MacBook Air dengan memperkenalkan dua model baharu iaitu model 12 inci dan 15 inci yang lebih besar.

Kini, laporan Mark Gurman dari Bloomberg mendakwa bahawa model 12 inci tidak akan dilancarkan, tetapi MacBook Air 15 inci dijangka membuat penampilan pada akhir tahun ini.

Penganalisis paparan Ross Young sebelum ini berkata Apple akan memulakan pengeluaran panel paparan 15.5 inci untuk MacBook Air pada suku pertama 2023. Sekiranya itu benar, maka peranti itu boleh dikeluarkan secara rasmi sejurus musim bunga ini.

Kami menjangka MacBook Air yang akan datang tidak akan membawa sebarang perubahan daripada segi reka bentuk kerena ia telah dikemas kini baru-baru ini.

Ia mungkin dikuasakan oleh cip M2 atau M2 Pro yang belum diumumkan oleh Apple. Cip siri M2 baharu dijangka diumumkan tidak lama lagi yang akan digunakan oleh beberapa peranti Mac tahun ini.

MacBook Air 12-inci yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini atau 2024, nampaknya tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version