Site icon TechNave BM

Apple mungkin lancarkan paparan pintar, bersaing dengan Google dan Amazon dalam pasaran rumah pintar

Laporan terkini mengatakan Apple sedang mengusahakan rangkaian peranti rumah pintar serba baharu. Syarikat itu dilaporkan merancang untuk terus mengambil alih kedudukan Google dan Amazon dalam pasaran rumah pintar dengan mengeluarkan banyak peranti dalam masa terdekat. 

Ini termasuk peranti paparan pintar untuk bersaing dengan Google Nest dan Amazon’s Echo Show. Menurut Mark Gurman, peranti paparan pintar itu akan kelihatan serupa dengan iPad tetapi lebih murah dan lebih berorientasikan penggunaan di rumah. 

Selain itu, peranti ini juga dijangkan akan mempunyai magnet untuk dipasang. Gurman turut menghuraikan bahawa ia  tidak seperti iPad, paparan pintar ini akan mempunyai skop yang lebih terhad terutamanya penggunaan FaceTime dan kawalan peranti rumah pintar yang lain.

Namun, tiada sebarang maklumat yang disahkan oeh Apple setakat ini. Kami hanya menunggu khabar angin seterusnya sambil mendapatkan laporan daripada penganalisis yang boleh dipercayai.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version