Site icon TechNave BM

Apple mungkin menggunakan cipset 5G buatan sendiri untuk iPhone 17

Tahun ini nampaknya bukan tahun yang terbaik untuk Qualcomm kerana laporan menunjukkan kerugian pendapatan bersih 52% tahun ke tahun pada Q3. Kini, Apple mungkin bersedia untuk beralih kepada cipset sendiri dalam tempoh dua tahun akan datang yang akan mengurangkan pergantungan pada cip Qualcomm.

Menurut penganalisis rantaian bekalan dan pakar Apple, Ming-Chi Kuo , Apple merancang untuk menggunakan cip modem 5G sendiri menjelang 2025. Berdasarkan jangka masa ini, iPhone 15 dan 16 berkemungkinan masih menggunakan cip Qualcomm tetapi iPhone 17 mungkin menggunakan cip Apple sendiri.

Kuo sebelum ini menyatakan bahawa iPhone SE 4 akan menjadi yang pertama mempunyai modem 5G rekaan Apple. Itu masih boleh berlaku kerana terdapat laporan bahawa SE generasi keempat telah ditangguhkan sehingga 2025. Tetapi ini semua bergantung kepada Apple mengatasi cabaran pembangunannya.

Sama-sama nantikan cip pertama buatan Apple yang bakal digunakan pada barisan iPhone yang akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Medium

Exit mobile version