Site icon TechNave BM

Apple mungkin mewujudkan ciri widget baru pada kemas kini iOS 14

Sementara khabar angin Apple iPhone 12 masih samar-samar, terdapat satu berita menarik untuk kemas kini iOS 14 pada tahun ini. Menurut 9to5Mac, Apple mungkin akhirnya akan mempunyai rupa baharu pada skrin utama iPhone dengan kewujudan widget.

Ya, sememangnya ciri ini telah lama dimikili peranti Android, tetapi @ParkerOrtolani melalui laman Twitternya telah mengeluarkan rekaan dan membayangkan bagaimana widget tersebut kelihatan pada iOS 14 baharu melalui rangka kerja “Springkit” (nama yang diberi olehnya). Menurut pandangannya berdasarkan kod iOS 14, Parker merasakan terdapat 3 reka bentuk ikon aplikasi yang agak standard seperti ikon kaku, ikon berfungsi menunjukkan data atau butang dan widget bersaiz penuh.

Satu contoh menarik daripada rekaannya adalah aplikasi ‘Weather’ sebagai widget yang berfungsi untuk menunjukkan ramalan cuaca terkini. Untuk aplikasi ‘Activity’, berkemungkinan ia merupakan widget bersaiz penuh untuk memaparkan aktiviti harian pengguna. Pembina pihak ketiga berpotensi untuk mengubah suai tab permulaan pada aplikasi atau ikon widget, yang mana agak sama dengan 3D Touch untuk melakukan beberapa tugasan.

9to5Mac.com menyatakan pengguna boleh menggerakkan widget yang tidak diumumkan ini, tetapi apa yang dimaklumkan ini mungkin akan ditukar sepenuhnya memandangkan ia masih dalam pembinaan. Apa yang paling menarik adalah kita boleh menukar saiz widget!

Apa pendapat anda pula? Adakah Apple terlalu lambat untuk ini atau biar lambat asal selamat? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version