Site icon TechNave BM

Apple mungkin sedang mengusahakan dua iPhone yang boleh dilipat

Samsung telah mengeluarkan  Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, telefon pintar lipatnya yang menjadi perhatian ramai. Namun begitu, adakah Apple turut mengeluarkan edisi iPhone lipat?

Berdasarkan khabar angin, iPhone lipat tidak akan muncul sehingga 2023. Buat masa ini, mereka lebih fokus dalam mengusahakan dua versi yang mengulangi idea-idea Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip secara konstruktif.

Menurut penganalisis industri terkenal iaitu Ming-Chi Kuo, iPhone lipat akan tiba pada tahun 2023, di mana Samsung Display sebagai pembekal paparan OLED 8 inci yang bakal digunakan. Menurutnya lagi, penjualan iPhone dengan paparan fleksibel pada tahun 2023 adalah sekitar 15-20 juta unit.

Apple mungkin tidak akan dapat mengatasi Samsung dalam industri telefon lipat. Walaupun selepas pelancaran iPhone lipat, syarikat Korea Selatan itu dijangka masih boleh menguasai 75% daripada pasaran telefon lipat. Selain itu, jangkaan pada masa hadapan adalah 90 juta telefon pintar lipat akan dijual di pasaran pada tahun 2023, dan 100 juta pada tahun 2025.

Permintaan telefon pintar fleksibel akan semakin meningkat. Menurut penganalisis, penghantaran global bagi jenis gajet sebegini boleh mencecah sehingga 10 juta unit. Berikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version