Site icon TechNave BM

Apple mungkin tidak akan anjurkan acara pelancaran produk pada Oktober 2022

Setiap tahun, Apple selalunya akan menganjurkan sebuah acara pelancaran pada bulan Oktober di mana syarikat itu akan melancarkan komputer Mac atau tablet iPad baharu. Sungguh pun begitu, pelancaran tersebut mungkin tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menurut wartawan Bloomberg, Mark Gurman, Apple tidak mempunyai jumlah produk yang cukup untuk menganjurkan sebuah pelancaran rasmi. Sebaliknya, syarikat teknologi itu hanya akan mengedarkan siaran akhbar kepada rakan-rakan media.

Gurman berkata produk baharu yang akan diperkenalkan adalah:

Beliau berpendapat bahawa semua produk ini bukanlah sesuatu yang besar untuk Apple. Produk-produk ini sekadar menampilkan cip baharu yang diperkenalkan dalam acara WWDC 2022 pada bulan Jun lalu, jadi ia mungkin tidak cukup mengujakan untuk membuat satu pelancaran rasmi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version