iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tidak menjadi pilihan buat pengguna pada masa kini. iPhone asas dengan skrin besar nampaknya tidak dapat memberikan populariti dan pelancaran iPhone 15 mungkin menandakan permulaan penyusunan semula produk daripada Apple.
Apple mungkin tidak dapat memasarkan iPhone 14 Plus lagi kerana Apple membuat andaian yang salah terhadap iPhone standard versi skrin besar akan menarik perhatian pengguna. Kejayaan iPhone 14 Pro dan Pro Max tidak dapat dinafikan walaupun harganya mahal.
iPhone 14 Plus bukan sahaja kekurangan ciri berbanding iPhone 14 Pro, tetapi ia juga menggunakan cipset A15 yang sama seperti iPhone 13 Pro Max. Oleh itu, bagi kebanyakan pendapat pengguna di internet, mereka menganggap membeli iPhone 13 Pro Max terpakai adalah lebih baik daripada membeli 14 Plus baharu.
Hasil jualan keseluruhan peranti iPhone 14 Plus menggambarkan bahawa sambutan agak dingin daripada para peminat Apple. Pegatron iaitu pengeluar iPhone 14 dan iPhone 14 Plus mengalami penurunan pendapatan bulanan. Mereka mendakwa bahawa pada bulan November pendapatannya menurun sebanyak 28.3%.
iPhone 14 Plus dikeluarkan lebih sebulan selepas model lain dan itu merupakan langkah yang salah akibat daripada kelewatan pelancaran tersebut. Pelanggan menyedari bahawa iPhone 14 Plus tidak berbaloi dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. iPhone 14 dan 14 Plus hanya menyumbang 36% daripada jualan telefon pintar Apple pada 2022.
Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

