Site icon TechNave BM

Apple mungkin tukar nama iPhone sebagai Apple Phone, iOS sebagai iPhone OS

Nama iPhone telah membawa pelbagai reaksi dalam kehidupan pengguna teknologi teelfon pintar. Bukan itu sahaja, sesuatu standard tidak rasmi yang melambangkan telefon pintar premium juga telah direka melalui nama iPhone. Bagaimanakah jika gelaran iPhone ditukar kepada Apple Phone?

Khabar berita tidak rasmi ini didedahkan oleh beberapa pembocor maklumat yang agak terkenal, bermula dengan Jon Prosser. Pendedahan tidak rasmi ini dimulakan dengan khabar penukaran nama sistem UI iOS kepada Apple OS.

Sebuah akaun penggiat teknologi membalas ciapan tersebut dengan menyatakan Apple juga mungkin bakal menamakan semula iPhone sebagai Apple Phone.

Sebenarnya, tidak mustahil jika Apple bakal menamakan semula iOS kepada iPhone OS memandangkan iPadOS juga menggunakan struktur nama yang sama. Sebelum menamakannya sebagai iOS juga, Steve Jobs pernah merujuk sistem UI ini sebagai iPhone OS pada tahun 2007.

Menurut kami, tidak menjadi masalah untuk menukar nama iOS kepada iPhone OS. Namun, mungkin menjadi topik hangat jika iPhone dinamakan semula sebagai Apple Phone dan janggal memandangkan nama iOS adalah iPhone OS, bukan Apple Phone OS. Apa pendapat anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version