Site icon TechNave BM

Apple mungkin ubah panggilan “Hey Siri” kepada “Siri” sahaja

Acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023 Apple berlangsung mulai hari ini sehingga 9 jun ini. Terdapat banyak pendedahan mengenai perkara yang mungkin diumumkan oleh syarikat itu. Salah satu khabar angin yang dilaporkan adalah Apple mungkin akan menghentikan frasa panggilan “Hey Siri”.

Pengguna iPhone dan iPad boleh mengaktifkan Siri dengan menekan butang kuasa atau menyebut “Hey Siri”. Perubahan ini tidak terus menghentikan pengaktifan panggilan Siri tetapi hanya menukar panggilan daripada “Hey Siri” kepada “Siri” sahaja.

Perubahan itu dilaporkan adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar oleh Apple untuk meningkatkan ketepatan dan responsif Siri. Syarikat itu sedang mengusahakan panggilan” Siri” bersama arahan yang diberikan oleh pengguna.

Walaupun ini dilihat sebagai perubahan kecil, namun ia memerlukan usaha dan latihan AI yang agak rumit. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version