Site icon TechNave BM

Apple Music bakal lancar ciri Apple Music Sing, bolehkan pengguna berkaraoke

Dengan hampir 90 juta pelanggan, tidak dapat dinafikan bahawa Apple Music telah menjadi sebuah kejayaan untuk Apple. Walaupun terdapat saingan daripada Spotify, Apple terus berusaha menambah ciri baharu pada perkhidmatan langganan muziknya. Terbaru, Apple mengumumkan ciri baharu yang digelar Apple Music Sing.

Seperti yang dijelaskan oleh Apple, ciri ini memudahkan pengguna untuk menyanyi lagu kegemaran mereka. Menariknya, ciri ini termasuk vokal boleh laras. Ini bermakna pengguna boleh menyanyi dengan vokal artis asal atau membisukan vokal artis.

Selain vokal boleh laras yang disebutkan di atas, ciri-ciri lain termasuk:

Apple Music Sing juga akan menawarkan berbilang paparan lirik untuk membantu pengguna melakukan duet, menyanyi sandaran dan banyak lagi. Selain itu, Apple Music Sing akan menyertakan 50 senarai main yang dipilih susun untuk menyertakan lagu popular, duet, korus dan lagu kebangsaan.

Apple Music Sing akan tiba akhir bulan ini untuk pengguna Apple Music. Ia akan berfungsi pada model Apple TV 4K baharu, iPhone 11 dan lebih baharu serta model iPad Pro generasi ketiga dan model yang lebih baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: BGR

Exit mobile version