Site icon TechNave BM

Apple Music Sing dilancar pada iOS 16.2, pelbagai senarai lagu disediakan

Dengan pelancaran ciri Apple Music Sing baharu dalam iOS 16.2, iPadOS 16.2 dan tvOS 16.2, Apple telah mengeluarkan senarai main lagu hits, kegemaran keluarga, duet ikonik, perayaan serta senarai main yang diasingkan dalam genre seperti pop, tarian, hip-hop, indie, rock dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak tahu, Apple Music Sing adalah sebuah fungsi baru yang membenarkan pengguna berkaraoke lagu kegemaran mereka. Menariknya, ciri ini termasuk vokal boleh laras di man pengguna boleh menyanyi dengan vokal artis asal atau membisukan vokal artis.

Apple juga telah menambah kategori seperti “Lagu untuk Professional” (Songs for Pros) yang dipenuhi dengan lagu yang mencabar untuk dinyanyikan. Semua senarai main boleh diakses dalam aplikasi ‌Apple Music‌ pada iPhone, iPad dan Apple TV.

Namun, seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, aplikasi ‌Apple Music‌ Sing boleh didapati pada ‌iPhone‌ 11 dan lebih baharu, iPad Pro 12.9 inci generasi kelima dan lebih baharu, iPad Pro 11 inci generasi ketiga dan seterusnya, iPad Air generasi keempat dan seterusnya, iPad Air keenam. iPad mini generasi, ‌iPad‌ generasi kesembilan dan yang lebih baru serta 2022 ‌Apple TV‌ 4K.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version