Site icon TechNave BM

Apple Music Sing hanya berfungsi pada model iPhone dan iPad terpilih dalam kemas kini iOS 16.2

Minggu ini, Apple mengumumkan bahawa akan ada ciri karaoke baharu yang dipanggil Apple Music Sing. Ia akan dilancarkan pada akhir bulan ini kepada semua pelanggan Apple Music namun bagi beberapa model peranti terpilih.

Menurut sumber, Apple Music Sing akan berfungsi pada siri iPhone 11 dan lebih baru serta model iPad yang dikuasakan oleh cipset A13. Ini disebabkan oleh algoritma yang mengasingkan vokal daripada seluruh lagu dalam masa nyata menggunakan pemprosesan pada peranti.

Berikut adalah senarai iPhone dan iPad yang layak untuk Apple Music Sing:

Selain itu, Apple TV 4K (2022) juga serasi dengan ciri Apple Music Sing. Ciri ini akan disertakan dalam kemas kini iOS 16.2 dan iPadOS 16.2 tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version