Apple baru-baru ini telah menaikkan harga langganan bulanan 2TB iCloud+ yang sebelum ini berharga RM39.90/bulan kepada RM44.90/bulan. Berita baik kepada pengguna iPhone bahawa Apple tidak menaikkan harga untuk dua pilihan lain pada iCloud+.
Peringkat terendah storan awan kekal pada harga 50GB untuk RM3.90/bulan manakala untuk 200GB berharga RM11.90/bulan. Melalui tweet Xavier Naxa, beliau mengesyaki ia ada kaitan dengan kenaikan berterusan Dolar AS dan kadar pertukaran Ringgit yang semakin lemah.
Sebaliknya, pelan langganan Apple One masih tidak berubah. Untuk Apple One, pelan yang ditawarkan ialah Individu, Keluarga dan Premier yang masing-masing berharga pada RM29.90, RM39.90 dan RM78.90 sebulan.
Apple One termasuk semua langganan perkhidmatan Apple seperti iCloud, Apple TV+, Apple Music, Apple Arcade dan Apple Fitness. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

