Site icon TechNave BM

Apple nasihatkan pengguna untuk tidak letakkan bateri pahit dalam AirTag

Aksesori penjejak objek (object tracking) Apple AirTag telah mula dijual dalam pasaran Malaysia sejak Mei lalu, dan antara perkara penting yang perlu diketahui tentang alat tersebut adalah baterinya yang tidak boleh dicas dan perlu diganti selepas penggunaan selama setahun.

Walau bagaimanapun, Apple menasihatkan agar pengguna tidak melengkapkan AirTag dengan bateri yang mempunyai salutan berperisa pahit. Kadang-kala, jenama bateri menghasilkan bateri dengan salutan yang mempunyai perisa pahit agar ia tidak dijilat atau ditelan oleh kanak-kanak.

Contoh bateri yang mempunyai salutan pahit

AirTag menggunakan bateri CR2032 iaitu bateri serupa yang digunakan dalam alat elektronik kecil seperti jam tangan atau kunci kereta. Apple mengatakan bateri CR2032 yang mempunyai salutan pahit mungkin akan membuatkan AirTag tidak boleh bersambung dengan bateri tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version