Site icon TechNave BM

“Apple pada tahun 2030 tidak jauh berbeza dari sekarang” – CEO Apple, Tim Cook

Melalui satu temubual bersama CEO Apple, Tim Cook kelmarin, beliau telah ditanya oleh pihak media tentang harapannya pada masa akan datang. Tim Cook menyatakan bahawa Apple pada tahun 2030 akan datang dengan hari ini tidak berbeza dari segi produk.

Tim Cook menegaskan tentang matlamat utama Apple yang sentiasa berusaha untuk melancarkan produk yang memberi kepuasan kepada kehidupan pengguna. Apple tidak akan melancarkan produk yang tidak baik kepada pengguna, walaupun mungkin produk itu dinilai sebagai produk terbaik. Barisan produk Apple sememangnya akan tetap berkembang pada masa akan datang. Namun, Tim Cook turut berharap agar produk Apple bakal menjadi lebih canggih. Mungkin kerana falsafah yang dinyatakan ini, Apple masih memiliki pengguna yang ramai.

Melalui temubual ini juga, beliau mendedahkan tentang pasaran peranti pintar yang masih belum mencapai kemuncaknya. Ruang penambahbaikan untuk masa hadapan masih terbuka. CEO Apple ini juga menyatakan bahawa sumbangan besar Apple adalah dari segi kesihatan, seperti yang pernah dinyatakannya dahulu. Beliau secara khususnya menegaskan tentang fungsi ECG dalam siri Apple Watch sebagai bukti perkembangan Apple.

Untuk berita teknologi terkini, nantikan di TechNave.com.

Sumber | Diterjemahkan dari TechNave 中文版

Exit mobile version