Site icon TechNave BM

Apple Pay Later dilancar, bahagikan empat pembayaran dalam tempoh enam minggu

Hari ini, Apple telah melancarkan perkhidmatan kewangan terbaharunya yang dipanggil Apple Pay Later. Namun, untuk awal pelancarannya hanya pengguna yang dipilih secara rawak yang akan dijemput untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan ini. Buat masa ini, ia boleh digunakan di Amerika Syarikat sahaja dan mungkin akan dilancarkan secara global kelak.

Apple Pay Later hanya boleh digunakan untuk pembelian dalam talian dan dalam aplikasi pada iPhone serta iPad yang mempunyai sistem operasi versi iOS 16.4 dan iPadOS 16.4. Tambahan, anda perlu membeli daripada pedagang yang menerima Apple Pay. Apple berkata Pay Later direka dengan mengambil kira tahap kewangan pengguna.

Anda boleh membahagikan pembelian kepada empat pembayaran dalam tempoh enam minggu. Semua transaksi mudah dijejaki dan terurus dalam Apple Wallet. Anda boleh memohon kepada pinjaman Apple Pay Later sebanyak $50 hingga $1,000.

Sebaik sahaja diluluskan, anda akan melihat pilihan Bayar Kemudian apabila anda memilih Apple Pay semasa pembayaran dalam talian atau dalam aplikasi. Setelah Apple Pay Later disediakan, anda juga boleh memohon pinjaman terus dalam ketika dalam proses pembayaran.

Apple Pay Later mungkin akan dilancarkan secara global dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Apple

Exit mobile version