Site icon TechNave BM

Apple Pay Later mungkin dilancar pada iOS 16.4 tidak lama lagi

Apple Pay Later telah diumumkan pada WWDC (Worldwide Developers Conference) 2022 sebagai ciri iOS 16. Dengan ciri ini, pelanggan akan dapat membayar secara ansuran dalam aplikasi Wallet apabila membeli sesuatu dengan Apple Pay. 

Dalam temu bual dengan CNBC, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengesahkan bahawa Apple Pay Later sedang dalam ujian beta dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple Pay Later ditangguhkan kerana syarikat itu telah menghadapi cabaran teknikal dan kejuruteraan yang ketara. Beliau turut menyebut bahawa ciri itu mungkin tidak akan tiba sehingga iOS 16.4 pada musim bunga.

Apple Pay Later akan terdapat dalam Apple Wallet dan direka dengan mengambil kira kesihatan kewangan pengguna, Apple Pay Later memudahkan untuk melihat, menjejak dan membayar balik pembayaran Apple Pay Later dalam Wallet.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version