Site icon TechNave BM

Apple Pay rasmi di Malaysia, pengguna kini boleh gunakannya

Selepas beberapa laman web secara tidak sengaja mendedahkan sokongan untuk Apple Pay oleh bank, Apple akhirnya secara rasmi mengumumkan bahawa perkhidmatan pembayarannya kini berada di Malaysia. Perkhidmatan ini akan berfungsi dengan kad Visa dan Mastercard daripada bank termasuk AmBank, Maybank, dan Standard Chartered Bank.

Manakala American Express akan ditambah dalam senarai akhir tahun ini. Anda boleh menggunakan Apple Pay di kedai yang mempunyai nama besar termasuk KFC, Maxis, Machines, McDonald’s, Mydin, Pizza Hut, Starbucks, U Mobile, Uniqlo, Village Grocer dan Watsons.

Tambahan, anda juga boleh menggunakan Apple Pay pada aplikasi dalam talian seperti Shopee, Sephora, Atome dan Adidas. Untuk menggunakan Apple Pay di kedai fizikal, anda hanya perlu mendekatkan iPhone atau Apple Watch anda berhampiran terminal tanpa sentuh dan sahkan menggunakan Face ID atau Touch ID.

Apabila membuat pembelian di Safari, anda boleh menggunakannya tanpa perlu membuat akaun, memasukkan PIN, mengisi borang yang panjang atau menaip maklumat penghantaran dan pengebilan berulang kali. Apple juga menjanjikan bahawa keselamatan dan privasi adalah teras Apple Pay.

Ia termasuk perlindungan maklumat peribadi pengguna, data transaksi dan maklumat kad kredit serta debit. Adakah anda akan menggantikan kaedah pembayaran semasa dengan Apple Pay sebagai alternatif baharu anda?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version