Site icon TechNave BM

Apple perkenalkan warna baharu untuk siri iPhone 13, hadir dalam warna hijau

Semasa acara Apple hari ini, syarikat itu memperkenalkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar iPhone 13 dan 13 Pro mereka. Bagi model iPhone 13, warna yang hadir adalah warna hijau biasa manakala bagi model Pro akan mempunyai pilihan warna Alpine Green.

Kemasan Alpine Green premium baharu untuk 13 Pro dan 13 Pro Max dihasilkan melalui berbilang lapisan seramik metalik berskala nanometer pada permukaannya. Warna ini akan menyertai pilihan yang sedia ada seperti Graphite, Gold, Silver dan Sierra Blue.

iPhone 13 dan mini 13 kini mempunyai enam pilihan warna secara keseluruhan iaitu hijau (baharu), Starlight, Midnight, Blue, Pink dan Red. Warna hijau baharu tersedia untuk pra-pesanan mulai 18 Mac dan tersedia di pasaran mulai 25 Mac 2022 pada laman rasmi Apple Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version