Site icon TechNave BM

Apple pilih India sebagai pengilang iPhone 13 secara besar-besaran mulai Februari 2022

Apple telah mengeluarkan iPhone secara tempatan di India selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, ia akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi iPhone 13 untuk pasaran di negara Asia mulai Februari 2022, lapor The Economic Times.

Penerbitan itu mengatakan bahawa Apple telah mendapatkan bekalan cip semikonduktor yang diperlukan untuk pengeluaran besar-besaran dan telah pun memulakan pengeluaran percubaan iPhone 13 di kilang Foxconn berhampiran Chennai di mana syarikat gergasi teknologi itu turut mengeluarkan iPhone 11 dan iPhone 12.

Selain kilang Foxconn di Chennai, Apple mengeluarkan iPhone SE di Wistron, Bengaluru dan mengikut anggaran, syarikat itu mengeluarkan kira-kira 70% daripada iPhone untuk pasaran di India. Penghasilan iPhone 13 di India bukan sahaja membantu Apple menurunkan harga iPhone terbaharunya di pasaran domestik tetapi juga membantu meningkatkan bekalan ke luar negara kerana 20-30% daripada iPhone yang dikeluarkan di India biasanya dieksport ke pasaran global.

Walaupun Apple dijadualkan untuk memulakan pengeluaran komersial iPhone 13 di India mulai Februari depan, sumber itu mengatakan bahawa gergasi teknologi itu tidak bercadang untuk mengeluarkan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max di sana.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version