Site icon TechNave BM

Apple Powerbeats 4 dilancarkan dengan jangka hayat bateri sehingga 15 jam, berharga ~RM649

Baru sahaja semalam kami memaklumkan tentang kedai terkenal di luar negara, Walmart yang dilihat menjual alat teknologi yang dipercayai Powerbeats 4. Terkini, Apple telah melancarkan headphone wayarles Powerbeats 4 dengan harga $149.95 (lebih kurang ~RM649).

Headphone ini dihuni cip H1 sama seperti generasi kedua AirPods dan headphone AirPods Pro. Sumber melaporkan anda juga boleh mendapatkan panggilan yang lebih berkualiti dengan pengesan kelajuan akselerometer dan dwi-mikrofon. Untuk memudahkan anda, kami menyediakan senarai spesifikasi Powerbeats 4 untuk rujukan anda.

Ciri teknologi dan spesifikasi Apple Powerbeats 4:

Apa pun, kami masih belum mendapat maklumat rasmi berkenaan keberadaan Apple Powerbeats 4 di Malaysia. Kami akan memaklumkan kemas kini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Gizchina

Exit mobile version