Site icon TechNave BM

Apple Premium Partner, Machines membuka cawangan kedua di One Utama

Selepas melancarkan Apple Premium Partner stor pertama di Asia Tenggara yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur tahun lepas, Machines kini membuka cawangan kedua di One Utama. Kedai baharu ini terletak di tingkat dua One Utama New Wing iaitu lokasi yang sama Machines tetapi dinaik taraf kepada Apple Premium Partner Store.

Berbanding dengan Machines sebelum ini, Apple Premium Partner Store yang dibuka semula mempunyai rupa dan konsep baharu. Tambahan, Apple Premium Partner Store ini juga mempunyai perunding bertauliah Apple untuk membantu pelanggan.

Pada masa yang sama, kedai ini juga sedia untuk menyediakan pengajaran Adobe Lightroom menggunakan iPad. Terdapat 3 tempoh masa yang boleh dipilih iaitu 26 Jun, 29 Jun dan 2 Julai . Kepada yang berminat, anda boleh klik di sini untuk mendaftar.

Untuk meraikan pembukaan kedai baharu itu, Machines turut melancarkan beberapa siri promosi dengan diskaun sehingga RM4000. Untuk butiran lanjut, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version