Site icon TechNave BM

Apple rancang untuk bina Apple Watch dan MacBook di Vietnam

Syarikat teknologi ternama Apple sedang merancang untuk mengilangkan dua produk mereka yang popular, jam tangan pintar Apple Watch dan komputer riba MacBook, di Vietnam. Ini adalah bagi mempelbagaikan lokasi pengeluaran produk oleh syarikat itu dan tidak hanya berpusat di China.

Pembekal untuk produk Apple, Luxshare Precision Industry dan Foxconn, telah memulakan ujian pengilangan Apple Watch di utara Vietnam. Untuk pengilangan MacBook pula, Appli masih dalam proses meminta pihak pembekal untuk menyediakan barisan pengilangan di negara tersebut.

Sungguh pun begitu, proses pemindahan ini adalah perlahan kerana gangguan yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Buat masa ini, Vietnam sudah pun menghasilkan beberapa produk untuk Apple, seperti tablet iPad dan fon telinga AirPods. Selain dua produk tersebut, Apple juga dilaporkan sedang mempertimbangkan pengilangan pembesar suara pintar HomePod di Vietnam.

Selain Apple, beberapa syarikat teknologi lain juga dilihat ingin mempelbagaikan lokasi pengilangan produk di luar China. Ini mungkin kerana perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China yang menyukarkan urus niaga untuk kedua-dua negara itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version