Site icon TechNave BM

Apple rancang untuk menambah lebih banyak iklan pada iPhone dan aplikasi lain

Nampaknya, iPhone dan peranti Apple akan menampilkan lebih banyak iklan dalam aplikasi pra-pasangnya seperti Maps (Peta), Books (Buku) dan Podcast. Menurut Mark Gurman, syarikat itu telah menguji iklan carian dalam Maps yang serupa dengan Waze di mana pengesyoran berbayar akan muncul apabila pengguna mencari restoran, kedai atau lebih.

Menurut di Bloomberg, Gurman mendakwa bahawa Apple akan memperkenalkan iklan di aplikasi Podcast dan Books (Buku) dengan membenarkan penerbit meletakkan iklan di dalam setiap aplikasi atau membayar untuk kandungan mereka lebih tinggi dalam hasil carian. 

Gurman turut berharap Apple mengembangkan iklan ke tab Today dan halaman muat turun aplikasi walaupun App Store sudah mempunyai iklan di mana pembangun boleh membayar untuk menaikkan aplikasi mereka pada halaman carian untuk pertanyaan tertentu.

Selain itu, Apple berpotensi meletakkan iklan pada Apple TV Plus di mana ia mungkin memperkenalkan pelan yang disokong iklan yang lebih murah untuk perkhidmatan penstriman. 

Maklumat ini masih belum disahkan secara rasmi. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version