Site icon TechNave BM

Apple sahkan acara pelancaran iPhone 15 diadakan pada 13 September ini

Bertemakan ‘Wonderlust’, Apple secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran pada 1 pagi (waktu Malaysia) pada 13 September ini. Siri iPhone 15 bakal hadir dengan empat model tahun ini iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Empat model yang bakal dilancarkan itu telah mengalami banyak perubahan mengikut sumber yang boleh dipercayai. Ia termasuk semua model dilengkapi pulau pintar, port USB-C dan penggunaan kanta telefoto periskop buat kali pertama pada model Pro.

Selain itu, dua model standard iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dinaik taraf buat kali pertama kepada kamera utama belakang 48MP dengan reka bentuk sensor bertindan baharu yang boleh menangkap lebih banyak cahaya dalam persekitaran gelap.

Perubahan daripada Lightning port kepada port USB-C pada siri iPhone 15 Pro juga akan meningkatkan kuasa pengecasan pantas yang menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 35W dan versi standard mempunyai kuasa pengecasan maksimum 27W.

Daripada segi cipset, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dilengkapi dengan pemproses A16 Bionic manakala iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan dinaik taraf kepada pemproses A17 Bionic yang terkini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version