Site icon TechNave BM

Apple sahkan bateri iPhone SE tahan lebih lama, 50% pengecasan dalam masa 30 minit

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan telefon pintar iPhone SE secara rasmi dan mendakwa bahawa iPhone SE mempunyai ciri spesifikasi berkuasa dengan reka bentuk klasik serta prestasi terbaik pada harga yang murah.

Apple berkata bahawa iPhone SE mempunyai reka bentuk yang padat, tahan lasak dan berfungsi dengan sistem iOS 15 untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar. Prestasi cip A15 Bionic bukan sahaja memacu fungsi kamera termaju, tetapi juga meningkatkan hampir semua ciri daripada penyuntingan foto kepada operasi yang mementingkan kuasa seperti game dan kegunaan harian.

iPhone SE menyokong sambungan 5G serta mempunyai hayat dan bateri yang tahan lebih lama. Berbanding model generasi sebelumnya, Apple mendakwa iPhone SE baharu boleh bertahan dengan penambahan masa sehingga 2 jam. Tontonan video dan penstriman video masing-masing selama 15 jam dan 10 jam. Main balik audio menawarkan sehingga 50 jam main balik.

Selain itu, iPhone SE 3 baharu boleh dicas hingga 50% dalam masa 30 minit menggunakan palam pengecas 20W. Apple berkata bahawa cip A15 Bionic direka untuk kecekapan tenaga yang disepadukan dengan iOS 15 dan teknologi baharu yang digunakan pada bateri untuk memanjangkan hayat baterinya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version