Site icon TechNave BM

Apple sedang bangunkan iPad Pro 2022, miliki logo kaca pengecas Magsafe

Kini, telah ada beberapa khabar angin mengenai iPad 2022 menunjukkan beberapa ciri dan perubahan reka bentuknya. Apple telah menguji MagSafe pada iPad Pro 2022 baharu dan bercadang untuk menukar bahagian belakang iPad daripada logam kepada kaca. 

Perubahan itu dapat memudahkan pengecasan tanpa wayar akan tetapi Apple tidak mahu mengubah reka bentuk lamanya. Mereka akan mengekalkan logam bahagian belakang dan menambah logo Apple besar dengan kaca seperti model MacBook terkini. Logo kaca Apple akan menjadi tempat pengecasan wayarles MagSafe.

Prototaip iPad Pro 2022 mempunyai magnet yang kuat untuk mengelakkan ketidaksambungan secara tidak sengaja. Laporan mencadangkan bahawa Apple mungkin menggunakan sistem pelekap Magnet untuk memasang aksesori lain seperti papan kekunci dan pendiri (stands) dengan lancar. Ia akan membantu Apple untuk membangunkan papan kekunci baharu dengan keupayaan untuk mengecas tablet untuk mengelakkan kehabisan bateri apabila memasang Magic Keyboard seperti yang diadu oleh pengguna.

Selain itu, Apple juga akan meningkatkan jangka hayat bateri pada iPad Pro. Ia hadir dengan modul kamera yang sama seperti iPhone 13 manakala daripada segi paparan, iPad Pro 2022 mungkin hadir dengan paparan OLED dua susun (double-stacked). Ia menampilkan takuk (notch) seperti barisan MacBook tahun lepas namun berita ini masih belum disahkan daripada mana-mana sumber. 

Sesetengah laporan mengatakan bahawa iPad Pro 2022 mungkin dikuasakan oleh Apple M2 baharu memberikan ia prestasi yang lebih baik seperti Macbook. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version