Site icon TechNave BM

Apple sedang hasilkan kemas kini bagi membolehkan Face ID berfungsi untuk skrin iPhone 13 pihak ketiga

Minggu lepas, iFixit mendapati bahawa membaiki skrin menggunakan komponen pihak ketiga pada siri iPhone 13 menjadikan Face ID tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh cip kawalan baharu diletakkan dalam kabel fleksibel yang disambungkan pada skrin telefon untuk memautkan setiap paparan ke papan induknya.

Ini bermakna semua kedai pembaikan yang bukan sebahagian daripada Program Pembaikan Bebas Apple akan dipaksa untuk menyahpateri cip tersebut daripada skrin yang pecah dan kemudian mematerinya semula pada paparan baharu. Ia merupakan satu proses yang rumit dan memerlukan banyak masa serta usaha.

Selain itu, peralatan untuk membaiki juga tidak terdapat di kebanyakan kedai pembaikan. Apple kini telah menjelaskan kepada TheVerge bahawa ia sedang mengusahakan kemas kini perisian yang tidak memerlukan pembaikan untuk memindahkan cip mikro-pengawal selepas penggantian skrin yang merupakan kelegaan besar untuk kedai membaiki IPhone.

Apple belum mengeluarkan kenyataan rasmi bila ciri tersebut akan mendapat kemas kini. Sama-sama kita nantikan. Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version