Site icon TechNave BM

Apple sedang hasilkan pengesan kemalangan kereta melalui Apple Watch

Apple memperkenalkan pengesanan jatuh pada Watch Series 4 yang berfungsi menjejaki pecutan (accelerometer) untuk mengesan kejatuhan dan boleh menghubungi kenalan kecemasan secara automatik. The Wall Street Journal melaporkan bahawa Apple mahu melakukan sesuatu yang sama tetapi untuk kemalangan kereta.

Bahagian yang sukar ialah mengesan kemalangan. Syarikat itu dilaporkan telah menjalankan ujian dari tahun lepas dan mengumpul telemetri pengguna daripada jam tangan pintar tersebut.

Ia disyaki telah mengesan 10 juta kemalangan dan 50,000 daripada kejadian tersebut telah membuat panggilan ke perkhidmatan kecemasan. Accelerometer mengejut yang dikesan oleh jam tangan itu berkemungkinan besar adalah kemalangan.

Google melakukan sesuatu yang serupa beberapa tahun lalu dengan aplikasi Keselamatan Peribadi untuk telefon Pixel. Aplikasi itu juga mengenalpasti lokasi pengguna serta data daripada penderia gerakan dan mikrofon untuk memutuskan sama ada ketika itu anda menghadapi kemalangan atau tidak.

Apple Watch seterusnya mungkin akan mempunyai ciri yang sedemikian untuk mengurangkan kadar data palsu dalam pengesanan. Menurut sumber, ciri ini akan diperkenalkan pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, ia masih belum diumumkan secara rasmi.

Untuk pengetahuan, sistem pengesanan kemalangan Google hanya tersedia di negara tertentu. Ia juga mungkin berlaku kepada Apple juga. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version