Site icon TechNave BM

Apple sedang mencari jurutera untuk pembinaan teknologi wayarles 6G!

Pada hujung tahun lalu, selain Google, Apple juga dilaporkan telah menyertai kumpulan Next G, iaitu kumpulan yang ingin memajukan teknologi wayarles generasi baru (6G).

Kini, sumber terbaru menyatakan Apple telah memulakan langkah mereka dan mereka dilihat sedang mencari jurutera yang dapat membantu mereka dalam penghasilan teknologi wayarles generasi baru 6G.

Teknologi 6G ini tidak akan dapat digunakan lagi sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun yang akan datang. Melihat kepada penggunaan wayarles 5G yang terhad di serata dunia, teknologi 6G ini mungkin akan mula digunakan seawal 2030.

Kali ini, syarikat dari Amerika Syarikat ingin memulakan langkah yang awal untuk teknologi 6G ini kerana mereka tidak ingin kalah dan ditinggal jauh oleh syarikat dari China seperti yang berlaku sewaktu teknologi 5G diperkenalkan.

Selain dari Apple, syarikat lain yang telah berusaha ke arah teknologi 6G ini adalah HUAWEI, LG, nokia dan lain-lain.

Siapakah yang bakal memperkenalkan teknologi 6G pada masa yang akan datang? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version