Apple dilaporkan sedang menilai penggunaan sensor bersaiz 1/1.2 inci untuk kamera telefoto 200MP yang berpotensi diperkenalkan pada iPhone seawal tahun hadapan. Sensor yang sedang diuji mempunyai spesifikasi hampir sama dengan sensor yang dikhabarkan bakal digunakan pada telefon pintar Oppo Find X9 Ultra.
Sebagai perbandingan, OPPO sebelum ini telah memperkenalkan kamera telefoto periskop 200MP pada OPPO Find X9 Pro yang menggunakan sensor bersaiz 1/1.56 inci yang lebih besar berbanding kebanyakan kamera zum pada telefon pintar semasa. Januari lalu, sumber menyatakan sensor 200MP hanya berada pada peringkat perbincangan dalam rantaian bekalan Apple dan belum digunakan dalam prototaip kejuruteraan.
Ketika itu, pembangunan Apple masih tertumpu kepada penambahbaikan sistem kamera 48MP yang digunakan pada model iPhone semasa. Sementara itu, laporan lain menyebut Apple mungkin memperkenalkan kamera 200MP pada iPhone seawal tahun 2028. Jika dilaksanakan, peningkatan sensor berpotensi membolehkan iPhone merakam imej dengan perincian lebih tinggi dan foto resolusi besar yang boleh dipotong atau dicetak tanpa kehilangan kualiti.
Sebagai perbandingan, Samsung telah memperkenalkan kamera belakang 200MP pada Samsung Galaxy S23 Ultra pada tahun 2023. Dalam perkembangan berkaitan, Apple juga dijangka memperkenalkan siri iPhone 18 sekitar 2027 menerusi strategi pelancaran baharu yang berperingkat selain kemungkinan kemunculan model khas sempena ulang tahun ke-20 iPhone.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo

