Site icon TechNave BM

Apple sedang usaha untuk penuhi permintaan penghantaran MacBook Pro 14 inci dan 16 inci baharu

Nampaknya, MacBook Pro 14 inci dan 16 inci terus mengalami permintaan yang tinggi dan mereka sedang mengalami kekurangan bekalan menjelang tarikh penghantaran.

Di Amerika Syarikat, MacBook Pro 14 inci dengan cip M1 Pro dianggarkan akan dihantar dalam masa tiga hingga empat minggu berkemungkinan dalam pertengahan bulan Februari. MacBook Pro 14 inci dengan konfigurasi ‌M1 Pro‌ atau cip M1 Max pula mungkin tiba seawal bulan Mac.

Bagi model 16 inci dianggar akan mula dihantar dalam lima hingga enam minggu lagi berkemungkinan pada akhir Februari atau awal Mac. MacBook Pro 16 inci di United Kingdom dan Kanada menunjukkan tarikh penghantaran antara lima hingga lapan minggu di kedai dalam talian Apple.

Ini kerana Apple mengalami kekurangan cip global yang merugikan syarikat sebanyak $6 bilion (~RM25 bilion) pada awal tahun lepas akibat pandemik yang mengehadkan pengeluaran peranti. Selain itu, permintaan tinggi untuk komputer riba terbaharu dan reka bentuk semula antara penyebab penantian semakin panjang.

MacBook Pro baharu membawa banyak ciri yang sangat diminta oleh pengguna Mac lama seperti port tambahan HDMI, MagSafe dan slot kad SD. Apple juga mereka bentuk semula MacBook Pro menjadikannya lebih berat dan tebal untuk menampung cip ‌M1 Pro‌ dan ‌M1 Max‌ untuk prestasi yang lebih baik.

Apple akan mengumumkan pendapatan penggal pertama 2022 lewat minggu ini di mana ia dijangka memberikan gambaran tentang jualan iPhone 13, AirPods 3, MacBook Pro baharu dan produk baharu yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version