Site icon TechNave BM

Apple sekali lagi bayar ~RM461 juta, dituduh sengaja perlahankan prestasi iPhone lama

Baru-baru ini, Apple dilapor telah bersetuju melunaskan bayaran tuntutan mahkamah sebanyak $500 juta (~RM2 bilion) kepada California berikutan tuduhan sengan memperlahankan prestasi iPhone generasi terdahulu, seperti memaksa pengguna membeli iPhone baharu. Apple kini dilapor sekali lagi membayar $113 juta (~RM461 juta) atas tuduhan yang berkaitan dengan prestasi iPhone lama.

Perkara ini dilaporkan melalui sumber bahawa mereka akan membayar $113 juta (~RM461 juta) untuk gabungan bayaran tuntutan mahkamah kepada 30 negeri di AS. Bayaran ini adalah disebabkan dakwaan memperlahankan prestasi iPhone generasi terdahulu.

Terdahulu, Apple akui bahawa kemas kini yang dilepaskan pada tahun 2017 memperlahankan prestasi iPhone generasi terdahulu. Namun, tindakan ini adalah untuk mengelakkan iPhone daripada mati secara tiba-tiba berikutan keadaan bateri yang semakin buruk.

Apple telah bersetuju untuk pemberian diskaun terhadap urusan penggantian bateri baharu untuk iPhone generasi terdahulu, tetapi dakwaan sengaja memperlahankan prestasi masih lagi berterusan.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai isu iPhone 12 disini!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version