Site icon TechNave BM

Apple senaraikan produknya yang boleh jejaskan alat perubatan, termasuk iPhone 12

Apple telah mengeluarkan senarai baru melibatkan 25 produk-produknya yang mampu menjejaskan penggunaan alat-alat perubatan dan boleh mengundang kecederaan kepada pengguna alatan tersebut. Ini adalah kerana produk-produk Apple dalam senarai itu mempunyai magnet yang boleh menganggu alat perubatan kritikal.

Jika anda memiliki salah satu daripada 25 produk Apple ini, syarikat teknologi Amerika Syarikat itu menasihati anda untuk meletakannya pada jarak sekurang-kurangnya 6 inci atau 15cm daripada sebarang alat perubatan. Jika produk Apple itu sedang dicas secara wayarles, anda perlu tingkatkan jarak kepada 12 inci atau 30cm.

Berikut adalah senarai produk Apple yang perlu dijauhkan dari alat perubatan:

Fon telinga wayarles

Jam tangan pintar

Pembesar suara

Tablet

Telefon pintar

Komputer

Layari laman sokongan Apple untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version