Site icon TechNave BM

Apple siasat isu skrin iPhone 12 menjadi kuning/hijau, mungkin selesai dengan kemas kini iOS baru

Semalam, sumber memaklumkan bahawa Apple dilapor sudah menerima laporan mengenai dan sedang menyiasat isu skrin siri iPhone 12 yang memaparkan warna kekuningan atau kehijauan. Masalah seperti ini berlaku dalam kalangan pengguna siri iPhone 12 di seluruh dunia.

Dalam dokumen yang dikongsi oleh penyedia perkhidmatan Apple yang sah (Apple Authorized Service Providers), Apple dilapor bahawa mereka menyedari mengenai masalah ini memandangkan terdapat pelanggan yang telah melapor. Setakat ini, mereka masih menjalankan siasatan berkenaan isu skrin dan menyarankan pihak teknikal untuk tidak melakukan sebarang servis untuk iPhone yang terkesan dengan masalah ini.

Apple sebaliknya menyarankan pengguna untuk sentiasa kekal mengemaskini ke iOS yang terkini. Berkemungkinan, Apple akan mengatasi masalah ini melalui kemas kini iOS terbaru yang akan datang.

Sumber: Berita yang lalu

Masalah skrin yang memaparkan warna kekuningan, kehijauan atau sedikit warna kelabu telah dilapor oleh pengguna yang terkesan di seluruh dunia. Terdahulu, hal yang sama turut berlaku dalam siri iPhone 11 dan akhirnya diselesaikan dengan kemas kini iOS 13.6.1.

Adakah iPhone 12 anda mengalami masalah yang sama? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai siri iPhone 12 di pautan ini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version