Site icon TechNave BM

Apple Store yang pertama di Malaysia mungkin akan dibuka pada tahun 2022!

Terbaru, sumber dari The Edge Malaysia melaporkan bahawa syarikat gergasi teknologi dunia, Apple mungkin akan membuka kedai rasmi Apple Store mereka di Malaysia seawal tahun hadapan. Ini akan menjadi kedai Apple Store pertama di Malaysia dan ianya dikhabarkan bakal dibuka di pusat bisnes The Exchange TRX Kuala Lumpur.

Berdasarkan sumber, wakil kedai rasmi Apple Store telah datang ke Malaysia untuk berunding dengan pengurusan The Exchange TRX. Ia dikatakan telah berada dalam fasa akhir perundingan di antara kedua-dua pihak.

Jika sumber ini sahih, Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai kedai rasmi Apple Store, selepas Thailand dan Singapura.

“The Exchange” adalah sebahagian dari Tun Razak Exchange yang meliputi 1.3 juta kaki persegi kawasan sewa. Ia dijangka akan dibuka pada tahun 2022 dan bakal dihuni oleh pejabat syarikat terkemuka serta kedai mewah dan premium.

Berikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version