Site icon TechNave BM

Apple tawarkan gantian bateri percuma untuk MacBook Pro 15 inci, semak jika anda layak

Jika anda memiliki MacBook Pro 15 inci, anda kini berpeluang untuk memanjangkan daya tahan bateri komputer riba anda. Apple telah mengumumkan program yang menawarkan gantian bateri percuma untuk komputer riba MacBook Pro 15 inci yang dijual di antara September 2015 hingga Februari 2017.

Pengguna MacBook Pro 15 inci di Malaysia boleh ke pautan ini untuk menyemak jika anda layak menerima gantian bateri percuma. Anda hanya perlu memasukkan nombor siri (serial number) dan semak. Jika layak, anda boleh mengikuti panduan yang dipaparkan di laman web.

Semak di laman rasmi Apple

Untuk pengetahuan anda, Apple menyarankan anda melakukan sandaran data (backup data) sebelum meneruskan program gantian bateri. Proses penggantian bateri baharu ini mungkin mengambil masa dari 3 hingga 5 hari. Menurut Apple, program penggantian bateri percuma untuk model MacBook Pro 15 inci diwujudkan kerana bateri untuk model yang disebut mungkin mengalami isu pemanasan dan risiko keselamatan api.

Adakah memiliki MacBook Pro 15 inci? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version