Site icon TechNave BM

Apple tawarkan GPU baru 75% lebih pantas MacBook Pro, tambahan SSD sehingga 8TB untuk Mac Pro

Terkini, Apple Malaysia telah menawarkan pilihan penambahan storan dalaman atau SSD untuk Mac Pro. Pada masa yang sama, Apple turut tawarkan pilihan grafik baharu untuk MacBook Pro 16 inci.

Penambahan SSD ini ditawarkan sehingga 8TB bermula dengan harga RM2,400. Kit SSD ini boleh dimuat turun dan dikonfigurasikan sendiri oleh pengguna MacBook melalui pautan arahan dan panduan ini.

Pilihan grafik baharu pada MacBook Pro 16 inci pula ialah GPU AMD Radeon Pro 5600M GPU dengan integrasi memori HBM2. Menurut Apple, grafik ini berprestasi 75% lebih baik berbanding Radeon Pro 5500M dengan 4GB GDDR6. Anda boleh mengunjungi laman web rasmi Apple Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Adakah anda bakal mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version