Site icon TechNave BM

Apple tawarkan langganan percuma untuk Apple TV+ selama 2 bulan

Jika anda berminat untuk menonton filem dan siri televisyen yang hanya ditawarkan secara eksklusif di Apple TV+, anda kini boleh dapatkan langganan percuma untuk perkhidmatan penyiaran digital itu selama dua bulan.

Apple menawarkan promosi ini sempena penyiaran dokumentari terbaru oleh penyanyi popular Selena Gomez bertajuk Selena Gomez: My Mind & Me. Anda boleh menebus promosi ini di laman web khas oleh Apple, tertakluk kepada terma dan syarat.

Promosi ini hanya ditawarkan sehingga 2 Disember 2022 dan hanya layak ditebus oleh pelanggan baru atau pelanggan sedia ada yang terpilih. Sebaik sahaja tempoh dua bulan ini tamat, langganan anda yang seterusnya akan dicaj secara automatik pada harga RM29.90 sebulan.

Anda juga perlu memiliki sebuah akaun Apple ID yang boleh dibuat secara percuma. Selain promosi ini, jika anda membeli sebuah peranti Apple, anda layak mendapatkan langganan Apple TV+ selama tiga bulan selagi anda menebusnya dalam tempoh 90 hari sejak tarikh pembelian.

Jika anda tidak tahu tentang Apple TV+, ia adalah sebuah perkhidmatan penyiaran digital yang menawarkan pelbagai filem, siri televisyen dan dokumentari yang diterbitkan khas oleh Apple. Katalog Apple TV+ ditambah dengan kandungan baharu pada setiap bulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version