Site icon TechNave BM

Apple tawarkan servis baiki secara percuma untuk iPhone 12 dan 12 Pro dengan isu pembesar suara

Jika anda memiliki iPhone 12 atau 12 Pro dan mengalami masalah pembesar suara, Apple akan menanggung kos membaiki telefon anda. Program perkhidmatan baharu ini telah diumumkan untuk peranti yang tidak mengeluarkan bunyi ketika menerima panggilan dan dihasilkan antara Oktober 2020 dan April 2021.

Semua peranti yang mengalami masalah tersebut akan dibaiki secara percuma daripada pembekal perkhidmatan sah Apple. Program pembaikan tersebut akan dilaksanakan secara global walaupun Apple secara jelas menyebut bahawa ia mungkin menyekat atau mengehadkan pembaikan kepada negara atau wilayah asal ketika pembelian dilakukan.

Program ini meliputi unit iPhone 12 dan 12 Pro dua tahun selepas jualan runcit pertama mereka. Apple juga memutuskan bahawa model iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max bukan sebahagian daripada program ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version