Site icon TechNave BM

Apple terbitkan sebuah filem pendek yang dirakam menggunakan iPhone secara menegak

Sering kali kita dinasihatkan agar merakam video menggunakan telefon pintar secara mendatar (horizontal) agar ia nampak lebih luas dan sedap mata memandang. Namun Apple memutuskan untuk mencabar pemikiran tersebut dengan menerbitkan sebuah filem pendek yang dirakam menggunakan iPhone secara menegak (vertical).

Filem yang berdurasi sembilan minit itu sebenarnya adalah kompilasi beberapa filem ringkas yang mempunyai pelbagai genre dan latar namun kesemuanya dirakam secara menegak menggunakan iPhone 11 Pro. Filem bertajuk The Stunt Double itu diarahkan oleh Damien Chazelle, pengarah yang terkenal dengan filem La La Land dan First Man.

Apple turut memuat naik sebuah video sebalik tabir bertajuk Making Vertical Cinema yang menunjukkan bagaimana Damien merakam filem tersebut dengan cara yang unik ini. Walaupun ia dirakam secara menegak, beliau telah menyusun komposisi penggambaran agar ia sesuai ditonton dengan skrin menegak.

Filem tersebut turut menampilkan krew produksi ternama yang pernah memenangi pelbagai anugerah. Adakah anda akan mula merakam video secara menegak selepas menonton filem ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version